Mengenal Rasulullah SAW Lebih Dekat, Berikut Biografinya
Segala puji bagi Allah Ta'ala yang menjadikan kita bagian dari umatnya Nabi Muhammadصلى الله عليه وسلم. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Belum sempurna iman kalian, hingga aku lebih dicintainya dari ayah ibunya dan anaknya dan seluruh manusia".
Maulid Nabi hari ini adalah momentum untuk mengenal Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Seperti apa sosok beliau, bagaimana nasabnya, siapa saja keluarganya dan bagaimana pendapat sahabat tentang beliau. Semakin kita mengenal Nabi Muhammad, insya Allah kecintaan kita semakin bertambah.
Berikut biografi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang dirangkum Pengasuh Ponpes Tahfidz Al-Qur'an Yatim dan Dhuafa, Ridwanul Muawwanah Sukabumi, Ustaz Ridwan Shahdu. Mari kita kenalkan sosok Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada keluarga, anak, istri dan kerabat kita.
NAMA DAN NASAB RASULULLAH:
1. Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim bin Abdu Manaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadl bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas 'Alaihi Sallam bin Mudlar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan bin Udad bin Hamaisa' bin Salaman bin 'Awash bin Bawash bin Qamwal bin Ubay bin 'Awam bin Nasyid bin Hiza bin Buldas bin Yadlav bin Thabakh bin Jahim bin Nahisy bin Makha bin 'Aidl bin 'Abqar bin Ubaid bin Addi'a bin Hamdan bin Sanbar bin Yatsraba bin Yahzan bin Yalhan bin Ar'awa bin 'Aidl bin Disyan bin 'Aishar bin Afnad bin Ayham bin Maqshar bin Nahits bin Zarah bin Sama bin Maza bin 'Audlah bin 'Aram bin Qaidar bin Ismail 'alaihissalam (AS) bin Ibrahim 'alaihissalam (AS) bin Tarakh bin Nahur bun Saru' bin Ra'u bin Falakh bin 'Abar bin Syalakh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh 'alaihissalam (AS) bin Lamuk bin Matusyalkha bin Akhnukh bin Yard bin Mahlaail bin Qinan bin Ainusy bin Syits bin Adam 'alaihissalam.
2. Tarikh Lahir: Subuh hari Isnin (Senin), 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah, karena peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang Baitullah Makkah)
3. Tempat Lahir: Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
4. Nama Bapak: Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
5. Nama Ibu: Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.
6. Pengasuh Pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW).
7. Ibu Susu Pertama: Tsuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
8. Ibu Susu Kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah صلى الله عليه وسلم oleh dua Malaikat. Beliau Manusia suci tanpa cela dan noda dibelah dadanya untuk menambah kesucian di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda Nabi diasuh oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah صلى الله عليه وسلم) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya Abdul Muththalib meninggal dunia. Baginda Nabi diasuh oleh bapak saudaranya (pamannya), Abu Thalib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam untuk urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang Nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam Kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad صلى الله عليه وسلم ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperan mengumpulkan anak-anak panah saja.
Kemudian menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul', perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
1. Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Sayyidah Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
2. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
3. Meminang Sayyidah Khadijah. Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم bersama pamannya Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
4. Mas kawin baginda kepada Sayyidah Khadijah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
1. Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.
2. Pembinaan semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
3. Rasulullah صلى الله عليه وسلم diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
1. Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
2. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiul Awal (24 September 622 M).
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah صلى الله عليه وسلم di Madinah Al-Munawwarah pada hari Senin, 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijriyah (8 Juni 632 Masehi). Beliau lahir dan wafat di tanggal yang sama.
ISTRI-ISTRI RASULULLAH
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam'ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (putri Sayyidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti 'Umar (putri Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelari 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fathimah Az-Zahra'
ANAK TIRI RASULULLAH
1. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkawin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Tsuwaibah → Hamzah
2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTHALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah *
5. Al-Abbas *
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *
Keterangan:
* Masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
"Siapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku. Dan sesiapa yang mencintaiku niscaya dia bersama-samaku di dalam surga". (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
Apresiasi Sahabat tentang Rasulullah:
1. Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
2. Aku melihat cahaya dari lidahnya.
3. Seandainya kamu melihat Baginda Nabi seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
4. Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
5. Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
6. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
7. Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
8. Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
9. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
10. Wajahnya seperti bulan purnama.
11. Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
12. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
13. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
14. Garis-garis merah di bagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bagian sudut.
15. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
16. Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
17. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
18. Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
19. Janggutnya penuh dan tebal menawan.
20. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
21. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
22. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
23. Rambutnya sedikit ikal.
24. Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan terkadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
25. Rambutnya terbelah di tengah.
26. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
27. Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
28. Seimbang antara kedua bahunya.
29. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun cantik.
30. Tapak tangannya bagaikan sutra yang lembut.
31. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
32. Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
33. Terlalu sedikit daging di bagian tumit kakinya.
34. Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat, tetapi campuran coklat dan putih.
35. Warna putihnya lebih banyak.
36. Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
37. Warna kulitnya putih tapi sehat.
38. Kulitnya putih lagi bercahaya.
39. Binaan badannya sempurna, tulang-tulangnya besar dan kokoh.
40. Badannya tidak gemuk.
41. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.
42. Perutnya tidak buncit.
43. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.
KESIMPULANNYA:
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah manusia yang bukan seperti manusia. Beliau sosok manusia agung yang sempurna dan sebaik-baik teladan sepanjang zaman.
Sumber:
Sirah Nabawiyah
اللهم صلى على سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم
(rhs)
Rusman H Siregar
No comments:
Post a Comment